Memori Long

Waktu usai membaca Yassin selepas solat Maghrib, air mata bergenang. Tiba-tiba segala kenangan bersama Pak Long menjelma. Terbayang Pak Long yang suka berjenaka dan menghidupkan suasana setiap kali berjumpa dengannya.
Kali terakhir Kak Lin dan Bro Nan Zainal Zom bertemu dengannya adalah bulan puasa tahun lepas. Semasa kami singgah semasa tinggal di rumah sahabat baik Kak Lin Zie Azimah di Besut atas urusan perjanjian dengan Uia.

Kak Lin tak tahu itu salam dan pelukan terakhir Long untuk Kak Lin. Allah telah menjemputnya jam 2petang tadi, namun Kak Lin tertidur dan tidak sedar adik kak lin memaklumkan melalui Whatsapp. Patutlah begitu mengantuk tengahari tadi. Betul kata arwah Ming, kalau mengantuk yang amat sangat, mungkin ada benda yang sedang atau akan terjadi.

Innalillahiwainnalillahirrajiun.
Kepada Allah Long telah kembali, bersama segala memori dan gelak tawanya.

Masih ingat, setiap kali berjumpa, Long pasti akan bersalam dan memeluk anak-anak saudaranya. Pelukan seorang bapa saudara yang ikhlas menyayangi kami. Setelah memeluk, dia akan mengambil satu tangannya dan di letak bawah ketiaknya... Lalu ditekup muka kami dengan tapak tangan itu... Memang begitulah cara Pak Long bergurau, tak geli, lawak adalah...Long... Elin rindu Long....😣

Masa Kak Lin dapat tawaran sambung belajar, Long antara orang pertama yang Kak Lin telefon. Seronok dia mendengar anak saudara yang sudah lama "tak kerja" akhirnya dapat tawaran sebegini rupa.

"Alhamdulillah, baguhlah. Semoga Dipermudahkan semuanya..." masih ingat seloroh Long di corong telefon.

Teringat memori waktu Tingkatan 5, di mana Kak Lin mewakili SMKTM 1 dalam pertandingan debat. Rupanya lawan kami adalah sekolah Long (Beliau pengetua SMA Wataniah). Semasa berdebat di atas pentas, Kak Lin rasa bersemangat bila melihat Long memandang Kak Lin dengan bangga, walaupun lawan Kak Lin adalah pasukan sekolahnya. Kami menang pertandingan debat tersebut. Setelah habis pertandingan, Long mengajak Kak Lin makan di kantin sekolahnya. Ya Allah, rasa bangga sangat masa tu.

Long sangat dikenali di kalangan penduduk dan lebih mesra dengan panggilan "Tok Do Ghani". Kalau Kak Lin sebut namanya di Besut. Ada saja yang mengenalinya. Al Fatihah untuk Abd Ghani Bin Salleh, semoga Roh Long dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh.

Waktu adik Kak Lin melawatnya minggu lepas, rupanya Long ada menyebut nama Kak Lin. Ayu pula lupa nak maklumkan pada Kak Lin. Tadi waktu whatsapp dengan dia lepas Isya;

"dia ade sebut kaklin, masa ayu g melawat salam ngn dia.
nk blik tu, die sebut elin. Sabar kaklin.Msti kaklin byk lg memory ngn long, teringat zmn kecik2 dulu. Maaf kaklin aritu xingt royak.

Die sebut gini "elin" tu shj. dia xlarat kaklin. "

Allahu... Menderu air mata waktu baca mesej adik Kak Lin.
Long, maafkan Elin Long tak balik jenguk Long...
Elin baru tahu Long sakit...kebetulan Elin pulok sibuk ngan research.... Allahu Long ingat ko Elin...Elin pulok lupo ko Long...

"Ujian kita yang. Masa Ayang study ni, orang-orang yang kita sayang meninggalkan kita, waktu begini pula tu. Waktu kita tak mampu, kereta pula tak sihat, ayang dengan keadaan macamni, sakit, mengandung pun dah nak bersalin. Sabar ya yang. Ini ujian kita". Kata Bro Nan sambil berlalu turun ke bawah setelah Kak Lin sampaikan kesedihan Kak Lin dan ingin pulang juga harini.

Maafkan Elin Long. Tak dapat kalini elin pulang menjenguk Long buat kali terakhir, kondisi jantung Elin dan kandungan hampir 9 bulan, Elin terpaksa akur arahan doktor agar tak melalui perjalanan jauh. Kereta Iswara biru kami pula seringkali rosak sejak akhir-akhir ini. Elin doakan keluarga Long dipermudahkan semuanya.

Elin rindu Long!

-Kak Lin-
Mohon sedekahkan Surah Fatihah kepada Pak Long Kak Lin ya.
#thestoryofelin

Comments

Popular posts from this blog

The gifts from Allah

Kasih dan Sayang

Leaving Facebook to see the world