Posts

Showing posts from September, 2017

Suamiku Si Pemalas

Image
Semalam aku ada menaip satu nukilan tetapi entah kenapa tiba-tiba tersalah tekan lalu ia hilang. Mungkin kerana takdir untuk menulis adalah posting ini; berkenaan suamiku si pemalas. Kenapa aku menulis posting ini? Kerana acapkali aku di beritahu yang suamiku seorang yang pemalas. Jadi harini ingin sekali aku ceritakan tentang kemalasan suamiku. Waktu aku mula mengenali suamiku, dia adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan RM1100 sahaja. Aku kahwini dia sebelum masuk tahun kedua pengajian ijazah di UIA. Pernah sahaja aku menemani dia memandu lori menghantar barang-barang pertanian. Dari dalam lori dapatku melihat dia membanting tulang memikul baja yang besarnya lebih kurang saiz badannya sahaja. Bukan satu guni, malah berpuluh-puluh guni, di bawah terik mentari. Kami dikurniakan anak pertama pada 2007. Oleh kerana aku perlu menyambung pengajian, suamiku mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung kami semasa itu. Siang bekerja memandu lori dan malam menjaga anak. S