Posts

Showing posts from May, 2017

Memori Long

Image
Waktu usai membaca Yassin selepas solat Maghrib, air mata bergenang. Tiba-tiba segala kenangan bersama Pak Long menjelma. Terbayang Pak Long yang suka berjenaka dan menghidupkan suasana setiap kali berjumpa dengannya. Kali terakhir Kak Lin dan Bro Nan Zainal Zom bertemu dengannya adalah bulan puasa tahun lepas. Semasa kami singgah semasa tinggal di rumah sahabat baik Kak Lin Zie Azimah di Besut atas urusan perjanjian dengan Uia. Kak Lin tak tahu itu salam dan pelukan terakhir Long untuk Kak Lin. Allah telah menjemputnya jam 2petang tadi, namun Kak Lin tertidur dan tidak sedar adik kak lin memaklumkan melalui Whatsapp. Patutlah begitu mengantuk tengahari tadi. Betul kata arwah Ming, kalau mengantuk yang amat sangat, mungkin ada benda yang sedang atau akan terjadi. Innalillahiwainnalillahirrajiun. Kepada Allah Long telah kembali, bersama segala memori dan gelak tawanya. Masih ingat, setiap kali berjumpa, Long pasti akan bersalam dan memeluk anak-anak saudaranya. Pelukan seorang b