Posts

Kasih dan Sayang

Image
Gambar: Fuad dan Ainna bergambar seketika di Hospital UIA (IIUMMC) semasa kami mengantar makanan ke sana Kekuatan seorang manusia itu juga adalah kekurangannya. Bagai satu garis lurus yang bersambung. Antara kekuatan dan kelemahan itu ada satu titik yang menyatukan keduanya. Adakalanya kita akan lebih kuat, kadangkala akan lebih lemah oleh sesuatu perkara. Kekuatan dan kelemahan kita kadangkala adalah kasih sayang. Seperti cerita fast and furious, di mana si Van Diesel itu selalu sahaja tersepit dek kerana sahabat yang dianggap keluarga sering dijadikan umpan untuk mempergunakannya. Ada sahaja orang yang mengatakan bahawa dia akan kalah kerana itu. Namun yang pasti dia menggunakan "kelemahan" itu sebagai kekuatannya. Dia menjadi manusia yang sanggup berkorban kerana tidak kisah apapun terjadi padanya asalkan keluarganya selamat. Menjadi manusia batu tanpa perasaan kasih sayang mungkin membolehkan seseorang itu bergerak pantas dalam mencapai cita cita atau kejayaan. ...

Suamiku Si Pemalas

Image
Semalam aku ada menaip satu nukilan tetapi entah kenapa tiba-tiba tersalah tekan lalu ia hilang. Mungkin kerana takdir untuk menulis adalah posting ini; berkenaan suamiku si pemalas. Kenapa aku menulis posting ini? Kerana acapkali aku di beritahu yang suamiku seorang yang pemalas. Jadi harini ingin sekali aku ceritakan tentang kemalasan suamiku. Waktu aku mula mengenali suamiku, dia adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan RM1100 sahaja. Aku kahwini dia sebelum masuk tahun kedua pengajian ijazah di UIA. Pernah sahaja aku menemani dia memandu lori menghantar barang-barang pertanian. Dari dalam lori dapatku melihat dia membanting tulang memikul baja yang besarnya lebih kurang saiz badannya sahaja. Bukan satu guni, malah berpuluh-puluh guni, di bawah terik mentari. Kami dikurniakan anak pertama pada 2007. Oleh kerana aku perlu menyambung pengajian, suamiku mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung kami semasa itu. Siang bekerja memandu lori dan malam menjaga anak. S...

Memori Long

Image
Waktu usai membaca Yassin selepas solat Maghrib, air mata bergenang. Tiba-tiba segala kenangan bersama Pak Long menjelma. Terbayang Pak Long yang suka berjenaka dan menghidupkan suasana setiap kali berjumpa dengannya. Kali terakhir Kak Lin dan Bro Nan Zainal Zom bertemu dengannya adalah bulan puasa tahun lepas. Semasa kami singgah semasa tinggal di rumah sahabat baik Kak Lin Zie Azimah di Besut atas urusan perjanjian dengan Uia. Kak Lin tak tahu itu salam dan pelukan terakhir Long untuk Kak Lin. Allah telah menjemputnya jam 2petang tadi, namun Kak Lin tertidur dan tidak sedar adik kak lin memaklumkan melalui Whatsapp. Patutlah begitu mengantuk tengahari tadi. Betul kata arwah Ming, kalau mengantuk yang amat sangat, mungkin ada benda yang sedang atau akan terjadi. Innalillahiwainnalillahirrajiun. Kepada Allah Long telah kembali, bersama segala memori dan gelak tawanya. Masih ingat, setiap kali berjumpa, Long pasti akan bersalam dan memeluk anak-anak saudaranya. Pelukan seorang b...

Antara "Puan" dan "Makcik"

Image
Harini rajin nak pakai tudung instant plus berbedak sket. Duk di kaunter air ada Sis masuk membeli Air Kotak. Ini ya duitnya "Puan". (Sis tadi menyapa sambil hulurkan duit) Terkesima kejap.( Sudah biasa dipanggil "makcik" oleh student di sini) P/s: Rufaydah Kiosk skrg ada jual tudung, Jubah, kosmetik, minyak wangi...Tp masih tgh topup variation and jumlah. Akak yang Cantik harini Kaklin Tag: Azlin Mohamad #kakakkiosk