Posts

Showing posts from September, 2018

Kasih dan Sayang

Image
Gambar: Fuad dan Ainna bergambar seketika di Hospital UIA (IIUMMC) semasa kami mengantar makanan ke sana Kekuatan seorang manusia itu juga adalah kekurangannya. Bagai satu garis lurus yang bersambung. Antara kekuatan dan kelemahan itu ada satu titik yang menyatukan keduanya. Adakalanya kita akan lebih kuat, kadangkala akan lebih lemah oleh sesuatu perkara. Kekuatan dan kelemahan kita kadangkala adalah kasih sayang. Seperti cerita fast and furious, di mana si Van Diesel itu selalu sahaja tersepit dek kerana sahabat yang dianggap keluarga sering dijadikan umpan untuk mempergunakannya. Ada sahaja orang yang mengatakan bahawa dia akan kalah kerana itu. Namun yang pasti dia menggunakan "kelemahan" itu sebagai kekuatannya. Dia menjadi manusia yang sanggup berkorban kerana tidak kisah apapun terjadi padanya asalkan keluarganya selamat. Menjadi manusia batu tanpa perasaan kasih sayang mungkin membolehkan seseorang itu bergerak pantas dalam mencapai cita cita atau kejayaan.