Semalam aku ada menaip satu nukilan tetapi entah kenapa tiba-tiba tersalah tekan lalu ia hilang. Mungkin kerana takdir untuk menulis adalah posting ini; berkenaan suamiku si pemalas. Kenapa aku menulis posting ini? Kerana acapkali aku di beritahu yang suamiku seorang yang pemalas. Jadi harini ingin sekali aku ceritakan tentang kemalasan suamiku. Waktu aku mula mengenali suamiku, dia adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan RM1100 sahaja. Aku kahwini dia sebelum masuk tahun kedua pengajian ijazah di UIA. Pernah sahaja aku menemani dia memandu lori menghantar barang-barang pertanian. Dari dalam lori dapatku melihat dia membanting tulang memikul baja yang besarnya lebih kurang saiz badannya sahaja. Bukan satu guni, malah berpuluh-puluh guni, di bawah terik mentari. Kami dikurniakan anak pertama pada 2007. Oleh kerana aku perlu menyambung pengajian, suamiku mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung kami semasa itu. Siang bekerja memandu lori dan malam menjaga anak. S...
Getting back to Kulliyyah was not an easy task. I still have many things to catch up. Sometimes I felt like I was too far behind my friends, sometimes I felt that I am not strong enough. However, I keep reminding myself of why I'm doing this. Well this picture was taken during one of the methodology class at the library. Frankly, this is before I start to feel sleepy because of the cold auditorium. I was always the one who was fought sleeping by my lecturers in my undergraduate years. I remember of them yelling at me: "Azlin! Ha macamana, best kan orang kejut cerah mata!" I want to be there, teaching like those lecturers. I always imagine how I would handle my class. Will I be the lion type? This dream keep me alive. I will work harder to catch up. All the falls should not keep me on my knee. I will keep moving. I want to be phenomenal. Not just a lecturer but also a motivated. I want they to take the each of the challenge thrown at Thier face. I ...
Waktu usai membaca Yassin selepas solat Maghrib, air mata bergenang. Tiba-tiba segala kenangan bersama Pak Long menjelma. Terbayang Pak Long yang suka berjenaka dan menghidupkan suasana setiap kali berjumpa dengannya. Kali terakhir Kak Lin dan Bro Nan Zainal Zom bertemu dengannya adalah bulan puasa tahun lepas. Semasa kami singgah semasa tinggal di rumah sahabat baik Kak Lin Zie Azimah di Besut atas urusan perjanjian dengan Uia. Kak Lin tak tahu itu salam dan pelukan terakhir Long untuk Kak Lin. Allah telah menjemputnya jam 2petang tadi, namun Kak Lin tertidur dan tidak sedar adik kak lin memaklumkan melalui Whatsapp. Patutlah begitu mengantuk tengahari tadi. Betul kata arwah Ming, kalau mengantuk yang amat sangat, mungkin ada benda yang sedang atau akan terjadi. Innalillahiwainnalillahirrajiun. Kepada Allah Long telah kembali, bersama segala memori dan gelak tawanya. Masih ingat, setiap kali berjumpa, Long pasti akan bersalam dan memeluk anak-anak saudaranya. Pelukan seorang b...
Comments
Post a Comment